Monday, April 4, 2011

~~ PenGhUjUngNya~~

Akhirnya semester ini sampai juga ke penghujungnya. Lebih kurang seminggu lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Cuti semester kali ini kerajaan telah menetapkan semua Universiti unuk bercuti selama 4bulan. Bagi saya sebagai seorang pelajar apa yang berlaku ini ada positif dan nevatifnya kepada pelajar. Saya rasa cuti selama 4bulan adalah tempoh yang terlalu panjang untuk seorang pelajar bercuti, ini akan menjadikan pelajar sukar untuk memulakan semula pengajian mereka. Tempoh yang terlalu panjang juga bercuti akan menyebabkan perkembanggan semula kognitif akan menjadi sukar. Malah apabila seorang pelajar bekerja semasa cuti yang lame akan menjadikan mereka lebih seronok untuk bekerja dari menyambung pengajian mereka. Ini menjadi salah satu perkara yang dibimbanggi dari pelbagai golonggan pelajar.
Walaupun begitu mungkin ada baiknya kepada pelajar untuk mengumpul kewanggan mereka yang sedia maklum kehidupan sebagai seorang pelajar Universiti kewanggan sungguh tidak cukup jika sekadar hanya bergantung hidup pada PTPTN. Cuti 4 bulan juga boleh menjadikan pelajar untuk bersedia dengan pengajian mereka akan datang. Walauapapun segala keputusan mesti ada positif dan negatif nya. Cuma lagi tinggal bagaimana seseorang itu mahu menilai keputusan yang ada itu.
Apa yang penting bagi saya sekarang, saya perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan tiba. Tambahan pula semester kali ini tidak mempunyai stady week. Terpaksa lah saya mencuri-curi masa untuk stady untuk peperiksaan yang akan bermula pada sabtu 16 hri bulan nanti. Sedangkan kelas kami habis pada 14 hri bulan. Maka terpaksa lah persediaan di buat dengan mencari masa yang baik supaya tidak kelam kabut untuk stady untuk paper pertama nanti.