Thursday, March 17, 2011

~ PrOgRaM KePimPinAN At SmKDzM~

Pensyarah subjek konsultasi kami telah memberi tugasan kepada kami untuk menjalankan program di sekolah selama 3 hari 2 malam. Maka, kami telah dibahagikan kumpulan mengikut undian. Sebenarnya cabaran untuk melakukan program disekolah terlalu banyak dan agak mencabar tambahan pula kami tidak mempunyai banyak pengalaman dalam melakukan program ke sekolah. Kumpulan saya terdiri dari 3 lelaki dan 3 perempuan. Pada mulanya kami telah memilih Sekolah Vokasional Slim River dan kami sememangnya mendapat kebenaran dan mendapat persetujuan dari pihak sekolah untuk melakukan program. Tetapi seminggu sebelum kami akan menjalankan program di sekolah itu kami menghadapi masalah dengan tarikh. Kami perlu bertukar tarikh lambat dari yang kami rancangkan. Disebabkan itu kami terpaksa mencari sekolah lain untuk menjalankan program.
Dan kami telah mendapat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkefli Muhamammad sebagai sekolah untuk kami menjalankan program.

                          ( Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifle Muhammad)

tetapi cabaran yang terpaksa kami hadapi adalah dengan melakukan gerak kerja dalam cuma masa dua hari. Walaupun begitu kami cuba melakukan kerja dengan sehabis baik.



Pelbagai perbincangan yang kami lakukan bersama kami dan juga bersama guru kaunseling sekolah untuk mendapatkan apa yang patut dan untuk memastikan perjalanan program pada hari sabtu berjalan dengan lancar.




Tiba lah hari kami menjalankan program " Kem Jejak Gemilang" untuk pelajar-pelajar yang dipilih dari kalangan ketua tingkatan dan penolong tingkatan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

                                                 (Waktu Pendaftaran)




                                                                   ( Berkumpul )


Seperti biasa slot pertama semestinya adalah ice breaking yang dikendalikan oleh Zul selama satu jam.