saya baru sahaja tamat mengikuti program T.O.T yang berlangsung untuk kami pelajar-pelajar sem 5 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. kami menjemput Dr. Muhammad Aziz Shah B. Mohamed Arip sebagai penceramah kami. banyak input dan pengetahuan yang telah diberikan kepada kami untuk bersedia menjadi seorang kaunselor yang terbaik.
pengalaman 3 hari 2 malam yang berlangsung sukar untuk digambarkan keindahannya. terlalu terkesan kepada diri saya sendiri dan saya juga pasti kawan-kawan saya yang lain juga merasai kesan yang sama dengan saya. saya banyak belajar untuk menjadi lebih positif walaupun terkadang kita diuji tanpa henti.. yang dimana setiap apa yang berlaku perlu bermula dengan niat,audio,visual,kinestatik selepas itu kita kene cuba lakukan yang terbaik untuk niat yang telah kita niat dalan kehidupan kita,dan akhirnya jika kita masih lagi diuji adalah kerana kita insan terpilih untuk diuji apa yang Dia turunkan kepada kita.
setiap insan akan berniat lebih dari 7 kali setiap hari. maka kita kene sedar setiap niat yang kita tanamkan dalam diri kita mestilah positif agar kita berada dalam keadaan yang senantiasa untuk positif. angka 7 yang sememangnya angka yang terbaik dalam kehidupan muka bumi yang Allah ciptakan dimana bumi mempunyai 7 lapisan tanah, 7 lapisan langgit, 7 jenis sungai dan sebagainya. mengenal erti diri sendiri juga satu perkara yang mesti kita lalui untuk kita tau dimana kekuatan kita,dimana kelemahan kita,dimana keunikan dan kelebihan kita untuk kita bawa sebagai motivasi dalam diri kita sebagai benteng kepada ujian-ujian yang hadir.
keyakinan diri amat diperlukan dan disemai dengan kukuh dalam diri untuk kita melawan arus yang datang dan supaya kita bijak dalam menyelesaikan masalah dan yang paling penting kita yakin akan kekuasaan, asma' ul husna yang dimiliki oleh pencipta kita Allah s.w.t..
selain itu kita perlu yakin dan percaya bahawa kawan-kawan juga penting dalam kehidupan kita. apa yang berlaku kepada kami selama 3 hari 2 malam ini menjadikan kami semakin jelekit. malah saya sendiri juga mula rapat dengan semua kawan-kawan kelas saya walaupun pada mula kami agak terbatas terutamanya dengan pelajar-pelajar lelaki.tapi saya sedar kawan-kawan saya terlalu banyak membantu saya selama 3tahun saya berada didalam kelas malah berada di UPSI. kami semakin rapat dan kenal antara satu sama lain. banyak aktiviti yang berlangsung menjadikan kami semakin rapat dan bersemanggat untuk meneruskan perjalanan kami sebagai seorang kaunselor.
saya akan selitkan gambar-gambar kenangan semasa berlangsungnya program T.O.T selama 3 hari 2 malam ini setelah saya mendapat gambar-gambar dari juru kamera yang dijemput. sebenarnya banyak lagi input yang saya dan kawan-kawan perolehi tetapi mungkin setelah saya mendapat gambar-gambar saya akan selitkan sedikit peneranggan.
hari terakhir program T.o.T
hari terakhir program T.o.T
No comments:
Post a Comment