Wednesday, February 23, 2011

LuaHan HaTi Ku..

Sudah agak lame saya tidak menambah maklumat dalam minggu ni. Hurmmmm..agak sibuk dengan pelbagai asaigment yang perlu dihantar tidak lame lagi sehingga tidak punya masa untuk upgrade blog ini. Apa khabar semua? Saya harap kalian semua sihat dalam perlindunggan Allah S.W.T... Terlalu banyak perkara yang terpaksa difikirkan dan diselesaikan sehingga buntu jadinya. Tambahan pula sekolah yang saya akan adakan program telah menunda tarikh kepada tarikh lain. Pada awalnya tarikh kami akan adakan program adalah pada 4,5 dan 6 haribulan 3. Tetapi sekolah telah menunda kepada tarikh 25,26 dan 27 haribulan. Menjadi masalhnya kepada kami adalah kerana minggu itu sudah minggu ke 11 dalam jadual minggu kuliah. Maka kumpulan kami cuba mencari kaedah lain dengan mencari sekolah lain yang boleh menerima kami untuk menjalankan pada tarikh awal kami itu. Jadi kami akan ke sekolah lain pada hari esok. Doa kan kejayaan kami ye...:) Tambah lak dengan tugasan-tugasan lain yang kami perlu selesaikan. semakin tambah tekanan yang saya dan rakan-rakan alami. Tapi sebaik mungkin saya dan kawan-kawan bekerjasama untuk meringgankan beban masing-masing dan saling memberi semanggat antara satu sama lain. Saya amat bangga mendapat kawan-kawan seperti mereka. saya harap saya dan kawa-kawan dapat menempuh apa yang kami perlu hadapi pada semester ini...insyaallah dengan izin allah..:)

Saturday, February 12, 2011

SeJaRaH HaRi KeKasIH

Sebenarnya hari kekasih ini terjadi atas kisah sejarahnya yang terdahulu dan menjadi ikutan dan inggatan sehingga ke hari ini. Dan disambut dengan penuh meriah termasuk golongan umat islam yang menyanbutnya sekali tanpa mereka tahu jika mereka menyambutnya sekali mereka telah menjatuhkan martabat Agama Islam sebagai Agama yang mulia.Tetapi jangan pula kita anggap semua kaum keristian menyambut hari kekasih ini. Sesetengah kaum kristian yang tidak mempercayainya tidak menyambut hari kekasih ini. Mari kita sama-sama melihat sejarah hari kekasih ini....


Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.


Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Berkasih sayang adalah setiap waktu dan bukan hanya pada 14 februari sahaja. Malah kita boleh melihat remaja-remaja kini menyambut hari kekasih dengan sambutan yang merosakkan diri sendiri dan juga salah disisi agama sehingga mereka melakukan maksiat. Maka marilah kita sama-sama membanteras sambutan ini. Berkasih sayang lah tanpa henti tapi dengan cara dengan yang lebih baik agar kita sama-sama mendapat keberkatannya...

HarI KeKaSiH.???

Hari kekasih.???? Saya percaya semua orang tahu apa itu hari kekasih yang selalu diingati pada 14 februari. Malah sentiasa mendapat jolokan yang amat tinggi terhadap sambutan ini sehingga terhasilnya produk-produk jualan untuk hari kekasih dipasaran kini. Sungguh hebat kesan hari kekasih kepada duni kini. Tapi sedarkah kita sebagai umat islam kita tidak patut dan haram untuk meyambutnya. Kenapa.??? Fatwa telah menyatakan bahawa kita umat islam tidak patut untuk menyambutnya dan meraikannya...Mari kita sama-sama melihat mengapa hari kekasih ini tidak patut dan haram disambut oleh umat islam....

  • Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
  •  Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
  • Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:   
  • “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut."(Riwayat Abu Daud)
  • “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.                                                                                                                 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, February 11, 2011

MutiArA kAtA 2


Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi redha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.

Tuesday, February 8, 2011

GamBaR kEnAngAn..:)

Hari pertama program T.o.T, pada waktu nie kami diberi sedikit pengenalan mengenai modeul pertama yang akan kami jalan pada petang ini. Program kami bermula pada pukul 3.30 petang, dalam tintatif program sepatutnya kami mula pada pukul 2.30 tetapi En.Aziz mempunyai sedikit urusan terpaksa dilewatkan sedikit program kami. Walau apa pun, alhamdulillah program ini tetap berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dengan semua peserta.


Ini dia penceramah kami dan bagi kami semua En.Aziz ibarat AYAHANDA kepada kami. Ketika kami berpuak-puak,ketika kami dibuang orang En.Aziz sanggup menerima kami dengan tanggan yang terbuka. Malah menjadikan kami satu keluarga yang besar dan utuh. Alhamdulillah dengan sentuhan AYAHANDA kami, kami semua tidak lagi berpuak-puak,malah semakin dekat dan rapat antara satu sama lain.Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Aziz kerana sudi menerima kami dan membantu kami.

Ketika ini semua peserta leka dengan jari-jari mereka yang berubah menjadi sama.Sungguh penting untuk mempercayai diri,yakin diri dan juga yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T. Dengan itu kami dapat melihat anak jari kedua-dua belah tangan kami sama panjang.Sungguh indah bila kami mampu untuk mencapai perasaan yakin diri dan kekuasaan Allah S.W.T.



ini pula aktivi yang seterusnya dimana,masih dihari pertama.Kami diminta untuk menegaskan kata jati diri kami "ak berani,ak pandai,ak bermaruah".Kata yang ditanam dalam diri masing-masing yang dipilih oleh masing-masing.Bagaimana sekalipun tekanan dari sekeliling,mesti pertahankan slogan kata diri sendiri itu tanpa boleh orang sekeliling kita berjaya menewaskan kita.


Ini pula aktiviti pertama untuk hari yang kedua,dimana kami menjalani aktiviti kembara tujuh alam,dimana aktiviti kami kesemuanya berkaitan dengan tujuh. Maksud yang disampaikan dalam tujuh adalah kerana tujuh adalah nombor bertuah alam ciptaan Tuhan. Dimana kami perlu mencari bahan-bahan kesemuanya mesti mempunyai tujuh jenis.Seperti tujuh jenis tanah,bunga,daun,serangga dan sebagainya. Selepas itu kami perlu menerangkan apa yang kami cari dan kaitkan dengan alam. Sungguh menarik aktiviti ini,kita dapat mengenali ciptaan Tuhan dengan lebih tepat. Kita harus menghargai apa yang hadir dalam hidup kita.



Seterusnya kami diberi modeul humans blok pula,dimana setiap peserta perlu melepaskan diri dari halangan rakan-rakan dengan meminta "wahai kawan..berikan saya lalu untuk sama-sama berjaya dengankamu semua...berikan saya laluan itu..." sungguh berbekas aktiviti ini dalam diri saya dan saya juga pasti dalam diri kawan-kawan saya yang lain. hurm,rasa tidak mampu untuk mengambarkan bagaimana keadaanya...sungguh menyentuh hati nurani kami.DIsini saya lampirkan lagi gambar-gambar berkaitan aktiviti ini:













aktiviti ini,kami perlu memijak telur tanpa boleh memecahkanya. Nampak seperti tidak boleh dipercayai kan.? Tapi,sememangnya berlaku,ramai diantara kami yang mampu untuk melakukan aktiviti ini dengan tidak memecahkan sebiji telur pun. Apa yang pasti,kita perlu yakin diri dan kuasa Allah S.W.t



Perpaduan,hormat menghormati,berkasih sayang mampu menjadikan kita satu keluarga yang bahagia.Begitulah yang berlaku kepada kami,setelah menjalani program ini kami lebih menghargai antara satu sama lain semakin rapat dan bertolak ansur.Indahnya memiliki keluarga yang harmoni dengan penuh kasih sayang.Insyaallah dengan izinnya hubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat kami.