Ini dia penceramah kami dan bagi kami semua En.Aziz ibarat AYAHANDA kepada kami. Ketika kami berpuak-puak,ketika kami dibuang orang En.Aziz sanggup menerima kami dengan tanggan yang terbuka. Malah menjadikan kami satu keluarga yang besar dan utuh. Alhamdulillah dengan sentuhan AYAHANDA kami, kami semua tidak lagi berpuak-puak,malah semakin dekat dan rapat antara satu sama lain.Terima kasih yang tidak terhingga kepada En.Aziz kerana sudi menerima kami dan membantu kami.
ini pula aktivi yang seterusnya dimana,masih dihari pertama.Kami diminta untuk menegaskan kata jati diri kami "ak berani,ak pandai,ak bermaruah".Kata yang ditanam dalam diri masing-masing yang dipilih oleh masing-masing.Bagaimana sekalipun tekanan dari sekeliling,mesti pertahankan slogan kata diri sendiri itu tanpa boleh orang sekeliling kita berjaya menewaskan kita.
Ini pula aktiviti pertama untuk hari yang kedua,dimana kami menjalani aktiviti kembara tujuh alam,dimana aktiviti kami kesemuanya berkaitan dengan tujuh. Maksud yang disampaikan dalam tujuh adalah kerana tujuh adalah nombor bertuah alam ciptaan Tuhan. Dimana kami perlu mencari bahan-bahan kesemuanya mesti mempunyai tujuh jenis.Seperti tujuh jenis tanah,bunga,daun,serangga dan sebagainya. Selepas itu kami perlu menerangkan apa yang kami cari dan kaitkan dengan alam. Sungguh menarik aktiviti ini,kita dapat mengenali ciptaan Tuhan dengan lebih tepat. Kita harus menghargai apa yang hadir dalam hidup kita.
Seterusnya kami diberi modeul humans blok pula,dimana setiap peserta perlu melepaskan diri dari halangan rakan-rakan dengan meminta "wahai kawan..berikan saya lalu untuk sama-sama berjaya dengankamu semua...berikan saya laluan itu..." sungguh berbekas aktiviti ini dalam diri saya dan saya juga pasti dalam diri kawan-kawan saya yang lain. hurm,rasa tidak mampu untuk mengambarkan bagaimana keadaanya...sungguh menyentuh hati nurani kami.DIsini saya lampirkan lagi gambar-gambar berkaitan aktiviti ini:
aktiviti ini,kami perlu memijak telur tanpa boleh memecahkanya. Nampak seperti tidak boleh dipercayai kan.? Tapi,sememangnya berlaku,ramai diantara kami yang mampu untuk melakukan aktiviti ini dengan tidak memecahkan sebiji telur pun. Apa yang pasti,kita perlu yakin diri dan kuasa Allah S.W.t
Perpaduan,hormat menghormati,berkasih sayang mampu menjadikan kita satu keluarga yang bahagia.Begitulah yang berlaku kepada kami,setelah menjalani program ini kami lebih menghargai antara satu sama lain semakin rapat dan bertolak ansur.Indahnya memiliki keluarga yang harmoni dengan penuh kasih sayang.Insyaallah dengan izinnya hubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat kami.
No comments:
Post a Comment